Sejarah perundangan Perundangan

Rekod kenyataan dan perkara penggubal yang menerangkan sebab-sebab undang-undang terlaksana dipanggil "sejarah perundangan". Selalunya, ini termasuk menulis pengucapan formal atau tulisan yang dibuat oleh penaja bil dan pengritik utamanya. Mahkamah sering merujuk kepada sejarah perundangan dalam mentakrif perundangan, untuk mengenalpasti "tujuan perundangan" — atau apa yang penggubal mahu undang-undang berkenaan melakukan. Akan tetapi, terdapat pandangan yang nyata meskipun dalam golongan minoriti antara sesetengah hakim bahawa undang-undang mesti ditakrif secara utama daripada isi kandungannya, dan tidak boleh mengambil kira sejarah perundangan. Debat ini menjadi lebih kompleks oleh sebab para penggubal kadang-kala akan dengan sengaja menggubal secara samar-samar sebagai satu kompromi politik, dan dalam satu badan legislatif besar, kebanyakan mereka yang mengundi dalam menyetujui suatu undang-undang tidak akan membaca secara penuh sejarahnya, atau juga bilnya sendiri.